Rakyat Malaysia diminta elak perjalanan ke sempadan Kemboja-Thailand
KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Kemboja supaya tidak melakukan sebarang perjalanan yang tidak penting ke wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey susulan ketegangan yang memuncak di sempadan negara itu dengan Thailand.
Menerusi satu kenyataan, pihak kedutaan menggesa rakyat Malaysia agar kekal tenang, sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada sumber yang sahih serta mematuhi segala arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan.
“Kedutaan sedang memantau rapat situasi semasa dan terus komited terhadap keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia di Kemboja,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang menetap di negara berkenaan juga digalakkan untuk mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh bagi memudahkan urusan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Sebarang bantuan boleh diperoleh dengan menghubungi kedutaan melalui talian hotline di +855 12 216 176, e-mel ke mwphnompenh@kln.gov.my atau melayari laman sesawang rasmi di www.kln.gov.my/web/khm_phnom-penh/home.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








