LUAR NEGARA

IEA cadang pelepasan terbesar rizab minyak dalam sejarah

LONDON – Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) bercadang untuk melepaskan rizab minyak terbesar dalam sejarahnya bagi menurunkan harga minyak mentah yang melonjak dalam tempoh 10 hari kebelakangan ini.

The Wall Street Journal yang memetik sumber semalam melaporkan, jumlah pelepasan yang dicadangkan adalah melebihi 182 juta tong minyak yang pernah dilepaskan oleh negara anggota IEA dalam dua pusingan pada tahun 2022 selepas Rusia melancarkan pencerobohan berskala penuh ke atas Ukraine.

Keputusan mengenai pelepasan itu hanya akan diketahui hari ini setelah mesyuarat luar biasa negara IEA yang berlangsung sejak semalam, kata laporan itu.

Harga penanda aras minyak melonjak hampir ke paras tertinggi dalam tempoh empat tahun kelmarin, namun sedikit menyusut semalam selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberi andaian perang di Asia Barat mungkin akan berakhir tidak lama lagi.

Sementara itu, menteri tenaga negara Kumpulan Tujuh (G7) tidak mencapai persetujuan untuk melepaskan rizab minyak strategik semalam dan sebaliknya meminta IEA menilai keadaan terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button