Trump ancam guna bom nuklear ke atas Iran?
NEW DELHI – Amaran keras Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kepada Iran bahawa “seluruh tamadun akan berakhir malam ini” jika tiada perjanjian damai dicapai mencetuskan semula kebimbangan mengenai kemungkinan penggunaan senjata nuklear di rantau Asia Barat.
Amaran keras itu muncul selepas tentera AS menyerang Pulau Kharg, hab minyak utama Iran, beberapa jam sebelum tarikh akhir yang ditetapkan Trump untuk mencapai perjanjian berakhir, lapor portal India Today.
Sebagai rekod, Trump menetapkan perjanjian damai perlu dicapai sebelum hari Selasa, pukul 8 malam waktu Washington (Rabu, 8 pagi waktu Malaysia).
Ancaman Trump diperkuatkan lagi dengan kenyataan Naib Presiden AS, JD Vance yang dipetik sebagai berkata “AS boleh menggunakan ‘alat’ yang hanya Presiden boleh putuskan untuk gunakan”, yang dipercayai ramai sebagai merujuk kepada senjata nuklear.
Vance berkata, “Mereka perlu tahu kita mempunyai sesuatu dalam senjata kita yang setakat ini kita belum putuskan untuk gunakan. Presiden AS boleh memutuskan untuk menggunakannya, dan beliau akan membuat keputusan itu jika Iran tidak mengubah haluan tindakannya.”
Laporan The Guardian hari ini pula menyebut, terdapat kebimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan penasihat semasa dan bekas penasihat Trump bahawa beliau mungkin mempertimbangkan untuk mengarahkan serangan nuklear ke atas Iran.
Penulis dan wartawan Britain, Owen Jones, menulis di platform X bahawa Trump jelas mengancam untuk menggunakan senjata nuklear terhadap Iran dan beliau perlu disingkirkan bagi mengelakkan bencana besar.
YouTuber Keith Edwards pula menulis bahawa “Trump hampir melancarkan bom nuklear.”
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















