LUAR NEGARA

Bekas penasihat Trump gesa anak Netanyahu diusir dari AS

ISTANBUL – Bekas penasihat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Steve Bannon menyeru anak Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Yair diusir dari AS dan dihantar bertempur di Iran.

Bannon yang muncul di platform penstriman berhaluan kanan ‘Real America’s Voice’, mempertikaikan mengapa Yair sedang bercuti di Miami sementara serangan udara bersama AS-Israel terhadap Iran sedang berlangsung, lapor agensi Anadolu.

“Anak Netanyahu di Miami, keluarkan dia esok,” katanya sambil menyeru Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS untuk bertindak.

“Mana Jabatan Keselamatan Dalam Negeri bila kita perlukan mereka? Hantar dia kembali ke sana, pakai uniform, dan biar dia dalam gelombang pertama,” gesa Bannon.

Beliau turut meluaskan kritikan kepada putera raja negara Teluk yang berpihak kepada Washington, dengan mendakwa mereka juga sepatutnya diusir dari bandar seperti London dan dihantar bertempur di Teluk, selaras kemungkinan operasi darat yang diumumkan oleh AS.

Sehingga kini, baik Yair mahupun abangnya, Avner Netanyahu, masih belum menyelesaikan perkhidmatan tentera wajib Israel walaupun telah mencapai usia yang sepatutnya.

Bannon pernah berkhidmat sebagai penasihat kanan sepanjang penggal pertama Trump dan kekal sebagai suara utama dalam gerakan ‘Make America Great Again’ (MAGA).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button