BERITA SEMASA

Dua ahli MPPWP Wangsa Maju diarah letak jawatan serta-merta

KUALA LUMPUR – Dua individu daripada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Wangsa Maju diarah melepaskan jawatan serta-merta susulan video tular yang mengaitkan mereka dengan dakwaan meminta wang perlindungan daripada sebuah premis perniagaan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Azman Abidin berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Biro Politik parti baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan tersebut bertujuan memberi laluan kepada siasatan pihak polis serta siasatan dalaman parti dijalankan secara telus.

“Biro Politik juga mengarahkan Jawatankuasa Disiplin PKR menjalankan siasatan menyeluruh dan laporan dijangka dikemukakan dalam masa terdekat,” memetik BuletinTv3 online.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya memperketat pemantauan terhadap aktiviti premis, termasuk pusat urut di kawasan Wangsa Maju bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan syarat lesen.

Sebelum itu, tular satu rakaman video memaparkan dua individu berkenaan didakwa meminta wang perlindungan daripada sebuah premis perniagaan dipercayai di ibu negara.

Kes berkenaan kini dalam siasatan pihak berkuasa bagi menentukan kesahihan dakwaan serta tindakan lanjut yang akan diambil.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button