PKR belum terima permohonan Tengku Zafrul
CYBERJAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum menerima permohonan rasmi Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk menyertai parti berkenaan.
Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata, pihaknya akan mengambil kira pelbagai pandangan, termasuk pandangan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan, dalam memproses permohonan keahlian daripada individu yang ingin menyertai parti tersebut.
“Setiap permohonan akan melalui proses yang biasa.
“Selepas permohonan dihantar secara dalam talian, ia akan diproses dan kemudiannya dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat parti.
“Permohonan itu akan dipertimbangkan sewajarnya, mengambil kira pelbagai pandangan, termasuk pandangan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan serta pandangan akar umbi,” kata Fuziah dalam satu kenyataan, pagi ini.
Laporan media malam tadi menyebut, Tengku Zafrul telah mengumumkan peletakan jawatannya daripada semua jawatan dalam UMNO serta keahliannya dalam parti itu.
Dalam pengumuman menerusi hantaran di akaun Facebooknya itu, Tengku Zafrul turut menyatakan hasrat menyertai PKR, dan telah menyampaikannya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan setiausaha agung parti.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment