BERITA SEMASAPOLITIK

Lebih 14,000 anggota baharu perkukuh PKR, Sani Araby dan PU Riz antara yang menyertai

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima suntikan baharu apabila seramai 14,225 individu menyertai parti itu bagi tempoh Oktober 2025 hingga Januari lalu.

Antara nama yang mencuri perhatian ialah Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Ahmad Sani Araby Abdul Alim Araby, selain Pengurus Strategik Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Hidayat Abdullah.

Turut diumumkan ialah pelantikan pendakwah bebas, Muhd Haris Mohd Ismail atau PU Riz sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama parti, memperlihatkan usaha berterusan PKR memperkukuh peranan serta penglibatan pelbagai latar belakang dalam struktur kepimpinannya.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti berkenaan semalam.

Dalam perkembangan sama, MPP turut memutuskan pelantikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man sebagai ahli ex officio MPP.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button