BERITA SEMASA

DBKL roboh gerai tanpa kebenaran di Bandar Manjalara

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak merobohkan sebuah gerai makanan dan cucian kereta yang dibina tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan di Bandar Manjalara, Segambut dalam satu operasi khas, Khamis lalu.

DBKL dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, operasi tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Air Selangor Sdn Bhd dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, tindakan itu diambil selepas pemilik gerai akur dengan notis pemberitahuan yang dikeluarkan DBKL kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kelulusan.

“Pemilik telah mengosongkan tapak selepas diberi notis atas kesalahan mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Tempoh akhir menjalankan perniagaan berakhir pada 2 Julai lalu,” menurut kenyataan itu.

Tambah DBKL, struktur gerai makanan dan tapak konkrit cucian kereta terbabit dirobohkan sepenuhnya manakala semua sisa binaan dilupuskan selepas operasi tamat.

“DBKL akan meneruskan tindakan penguatkuasaan dan pemantauan secara berkala di kawasan-kawasan tumpuan yang dikenal pasti,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran boleh mengemukakan aduan melalui pautan: https://adukl.dbkl.gov.my.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button