DBKL serbu ‘Bazar Warga Asing’ di Parlimen Batu
PUTRAJAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), melalui Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Parlimen Batu mengambil tindakan khas terhadap kegiatan ‘Bazar Warga Asing’ yang beroperasi di sekitar Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara, berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur pada 18 Mac 2024, semalam.
“Dalam tindakan khas tersebut, DBKL telah melakukan 11 tindakan sita terhadap peralatan dan barang dagangan yang dimiliki oleh warga asing,” menurut DBKL dalam kenyataan di Facebooknya.
Tindakan itu dilaksanakan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 serta UUK 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.
Barangan dan peralatan yang telah disita termasuk makanan, sayur campur, buah-buahan, mesin tebu, payung, dan barang lainnya.
Semua barang yang disita akan dihantar ke Setor Sitaan DBKL di Taman Miharja Cheras untuk tujuan rekod dan dokumentasi.
Tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha penguatkuasaan DBKL dalam menangani aktiviti komersial yang dijalankan oleh warga asing bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan tempatan serta untuk memelihara kedudukan perniagaan tempatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








