BERITA SEMASA

Bukan semua pokok tumbang salah DBKL

KUALA LUMPUR – Satu hantaran video melalui aplikasi Tiktok mengunakan akaun Friends of DBKL memaparkan penerangan tentang isu pokok tumbang di ibu negara baru-baru ini.

Menerusi video tersebut seorang pegawai DBKL telah mempersoalkan sama ada isu pokok tumbang adalah salah agensi tersebut semata-mata.

Pegawai didalam video tersebut berkata, di sekitar Kuala Lumpur terdapat pokok persendirian dan juga pokok awam.

“Pokok awam adalah di bawah selengaraan DBKL dan sekiranya pokok itu milik persendirian ia bukanlah tanggungjawab DBKL untuk menjaga dan menyenggara pokok berkenaan.

“Seperti pokok yang ditanam di rumah, tuan empunya pokok tersebutlah harus menjaga, mengkaji dan memastikan pokok tersebut dalam keadaan yang baik,” katanya dalam video Tiktok itu.

Menurutnya lagi, pokok awam sentiasa dijaga dan dipantau oleh DBKL secara berkala jika boleh mendatangkan bahaya dan mengambil tindakan sekiranya apa-apa aduan yang diterima.

Pegawai tersebut memaklumkan tiada had usia bagi mana-mana pokok awam, DBKL akan menjaga dan menyenggara dengan baik, akan tetapi sekiranya pokok awam tidak berada dalam keadaan yang baik pihaknya akan terus menebang pokok tersebut.

“Sekiranya ada terlihat ada pokok-pokok dalam keadaan merbahaya, warga kota bolehlah membuat aduan di Adu@KL.

“Marilah bersama sama kita menjaga bandaraya kita, Kuala Lumpur bandar untuk semua,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button