BERITA SEMASA

DBKL buka permohonan Lesen Penjaja Sementara hingga 30 Jun 2025

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa permohonan bagi Lesen Penjaja Sementara dibuka sehingga 30 Jun ini.

DBKL dalam satu kenyataan di Facebook hari ini berkata, permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi di laman sesawang https://elesen.dbkl.gov.my.

Menurut DBKL, permohonan yang lengkap perlu dikemukakan secara fizikal ke Kaunter Berpusat Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja (JPPP), Tingkat 5, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, bagi tujuan semakan dan kelulusan.

Katanya lagi, orang awam yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan boleh merujuk pautan yang disediakan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi DBKL: https://www.facebook.com/share/p/1AmF8dfeiV/.

DBKL turut menasihatkan para pemohon agar memastikan semua dokumen lengkap sebelum dihantar bagi melancarkan proses permohonan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button