
BERITA SEMASA
Trafik sesak, air naik di Lebuh Raya KL-Seremban
KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan sepanjang Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban dilaporkan sesak selepas dinaiki air susulan hujan lebat sejak pagi tadi.
Menurut Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), beberapa petugas telah diarahkan untuk memantau keadaan di lokasi berkenaan.
“Aliran trafik sesak dari Plaza Tol Sungai Besi sehingga susur Bukit Jalil. Skuad Penyelamat DBKL (sudah ditempatkan) di lokasi,” katanya menerusi Facebook, hari ini.
Sebelum ini, Sungai Midah di Stesen Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban merekodkan peningkatkan kepada 30.41 meter (m) berbanding paras normal iaitu 29 m.
Selain itu, Sungai Klang di Stesen Pekan Meru, Selangor mencatatkan 3.94 m berbanding 2.80 m melebihi paras amaran.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








