Banjir kilat di Pontian: 80 penduduk dipindahkan ke dua PPS
PONTIAN – Seramai 80 penduduk daripada 34 keluarga terpaksa dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) malam tadi selepas beberapa kampung di daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian memaklumkan, dua PPS dibuka pada pukul 7 petang iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Durian dan SK Penerok bagi menempatkan mangsa terjejas.
Menurut kenyataan itu, PPS SK Sungai Durian menempatkan 69 mangsa daripada 29 keluarga melibatkan penduduk Kampung Sungai Durian, Kampung Baru, Kampung Chokoh Laut dan Kampung Tanjung Piai.
“PPS SK Penerok pula menempatkan 11 mangsa daripada enam keluarga melibatkan penduduk Kampung Sungai Buntu dan Kampung Penerok,” katanya malam tadi.
Menurut kenyataan itu lagi, pelbagai agensi di bawah JPBD Pontian digerakkan sejak petang bagi memastikan proses pemindahan mangsa serta pengurusan PPS berjalan lancar.
Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) selain penghulu mukim dan ketua kampung.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








