Pasang bendera terbalik di klinik swasta: 4 individu disiasat
PONTIAN – Empat individu disiasat polis susulan pemasangan bendera terbalik di sebuah klinik swasta di sini.
Menurut Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) dalam satu kenyataan, empat individu yang disiasat itu melibatkan dua orang wanita berbangsa Melayu, seorang lelaki berbangsa Cina dan seorang wanita berbangsa Cina.
“Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian untuk siasatan lanjut oleh pihak polis.
“Pihak premis telah melakukan kesalahan di bawah UUK 45, Pengibaran Bendera, Undang-undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian (MDP) 2019,” katanya hari ini.

Terdahulu pihak MPPn telah menerima laporan pemasangan bendera Malaysia dalam keadaan terbalik di sebuah klinik swasta di Pusat Perdagangan Pontian.
Justeru, katanya dua orang anggota penguat kuasa telah diatur gerak ke lokasi kejadian.
“Hasil semakan langsung di lapangan mendapati kesalahan pemasangan bendera Malaysia dalam keadaan terbalik telah berlaku dengan menggantung pada tingkap aras 2 bahagian dalam premis berkenaan.
“Walaubagaimanapun, setibanya di premis mendapati premis tersebut telah tamat waktu operasi dan pihak MPPn dan PDRM telah menghubungi pekerja premis untuk datang ke lokasi kejadian serta-merta.
“Wakil pekerja telah hadir ke lokasi dan tindakan pembetulan telah dilaksanakan serta-merta oleh pekerja yang sama memasang bendera Malaysia dalam keadaan terbalik.
“Tindakan pembetulan dilaksanakan serta-merta terhadap bendera Malaysia yang terbalik dan kedudukan di antara bendera Johor dan Malaysia juga diperbetulkan dengan arahan serta pemantauan bersama pihak MPPn dan juga pihak PDRM,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













