BERITA SEMASAJABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN

DBKL keluarkan 35 kompaun dalam Operasi Anti-Litter sekitar Lorong Haji Taib, Jalan TAR

KUALA LUMPUR — Sebanyak 35 kompaun dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu Operasi Penguatkuasaan Anti-Litter yang dijalankan di sekitar kawasan Lorong Haji Taib dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, baru-baru ini.

Operasi itu menyasarkan peniaga yang didapati melanggar peraturan berkaitan kebersihan dan penyelenggaraan ruang awam.

“Antara kesalahan yang dikesan adalah seperti meletakkan barang perniagaan di tempat awam tanpa kebenaran, membuang sampah di tempat awam dan longkang serta menghalang longkang dengan sisa dan barangan hingga menjejaskan aliran air.

Operasi itu menyasarkan peniaga yang didapati melanggar peraturan berkaitan kebersihan dan penyelenggaraan ruang awam.

“Sebanyak 16 kompaun dikeluarkan ke atas peniaga di bawah Seksyen 46(1)(d), 12 kompaun di bawah Seksyen 47(1)(d) dan 7 kompaun di bawah Seksyen 47(1)(a),” menurut kenyataan DBKL melalui hantaran di Facebook semalam.

Ketiga-tiga seksyen itu tertakluk di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, yang memperuntukkan tindakan terhadap halangan atau pencemaran di kawasan awam.

“Operasi ini bukan sahaja bertujuan menjalankan tindakan penguatkuasaan, tetapi juga untuk mendidik para peniaga agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan di sekitar premis masing-masing,” kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, tindakan turut diambil terhadap peniaga yang menyebabkan halangan kepada laluan pejalan kaki di hadapan dan belakang premis perniagaan mereka.

DBKL menegaskan, persekitaran yang bersih bukan sahaja menjamin kesihatan awam, malah meningkatkan imej bandar raya kepada penduduk tempatan dan juga pelancong luar yang berkunjung ke negara ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button