DBKL kurangkan 50 peratus sewa tapak penjaja bantu peniaga kecil
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan pengurangan kadar sewaan sebanyak 50 peratus bagi tapak penjaja dan premis tertentu miliknya sebagai langkah membantu peniaga kecil berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 10,000 peniaga dan penjaja di ibu negara sekali gus membantu mengurangkan beban kos operasi yang ditanggung golongan peniaga mikro.
“Pengurangan kadar sewaan ini dilaksanakan secara menyeluruh dengan kadar sewaan minimum RM50 sebulan.
“Walau bagaimanapun, bagi premis yang mempunyai kadar sewaan RM50 ke bawah, kadar tersebut akan dikekalkan seperti sedia ada tanpa sebarang pengurangan,” menurut DBKL menerusi hantaran di Facebook.
Menurut kenyataan itu lagi, langkah berkenaan akan berkuat kuasa mulai 1 April 2026 hingga 31 Disember 2027 sebagai inisiatif sementara bagi membantu peniaga kecil menyesuaikan diri dengan cabaran kos sara hidup semasa.
“Langkah ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI melalui DBKL dalam memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai bandar yang inklusif, berdaya tahan serta prihatin terhadap kebajikan rakyat,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








