Hannah Yeoh turun padang tinjau keadaan Plaza Rakyat
KUALA LUMPUR – Keadaan Projek Plaza Rakyat yang sekian lama terbengkalai sejak 1990-an terus mencuri perhatian apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh turun padang meninjau sendiri keadaan terkini tapak berkenaan.

Beliau berkata, situasi projek terbengkalai itu sebagai membimbangkan kerana bukan sahaja menjejaskan imej ibu negara, malah menimbulkan persoalan berkaitan aspek keselamatan dan keselesaan warga kota.
Menurutnya, keadaan seperti itu tidak wajar berlarutan memandangkan ia telah lama tertangguh tanpa penyelesaian menyeluruh.
“Keadaan seperti ini bukan sahaja memberi kesan kepada imej bandar raya tetapi turut menimbulkan persoalan tentang keselamatan dan keselesaan warga kota,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan MADANI sedang meneliti serta mengenal pasti penyelesaian terbaik bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memastikan isu berkenaan dapat ditangani secara holistik.
“Usaha itu, penting bagi menjamin kesejahteraan Kuala Lumpur serta memastikan kepentingan rakyat sentiasa diberi keutamaan,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








