Op Lens: DBKL keluarkan 6 kompaun, sita 11 peralatan fotografi
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan enam kompaun dan menyita 11 peralatan fotografi dalam operasi membanteras perkhidmatan fotografi (ulat foto) tanpa kebenaran yang dijalankan secara terbuka di tempat awam, semalam.
Operasi yang dilaksanakan secara bersepadu itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) dilaksanakan di kawasan tumpuan awam sekitar KLCC.

“Menerusi Ops Lens kali ini, DBKL mengeluarkan sejumlah enam notis terhadap individu yang didapati menjalankan perkhidmatan tanpa kebenaran.
“DBKL turut membuat 11 sitaan keatas pelbagai peralatan jurufoto yang turut melibatkan lima bukan warga negara menerusi kesalahan dibawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016,” kata DBKL dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Kesemua barangan yang disita kemudiannya dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL untuk tindakan rekod dan dokumentasi lanjut.
DBKL kemudiannya berkata, pihaknya akan terus memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan tumpuan awam kekal selamat bagi mengekang aktiviti perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran.
“(Aktiviti mereka) bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah turut menimbulkan risiko keselamatan, kacau ganggu kepada pengunjung termasuk halangan dan kelancaran lalulintas.
“Sebarang aduan atau maklum balas daripada orang awam boleh disalurkan melalui pautan saluran rasmi DBKL yang tertera,” kata DBKL lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








