BISNES & EKONOMI

CA Prestige Gold, ASTO Hotel jalin kerjasama strategik perkukuh ekosistem perniagaan emas

KUALA LUMPUR – CA Prestige Gold Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama strategik bersama ASTO Hotel sebagai usaha memperkukuh hubungan korporat selain meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan, ahli Revolusi Prime Gold serta rangkaian Gold Consultant di seluruh negara.

Kerjasama berkenaan diumumkan menerusi Sidang Media Khas dan Majlis Penyerahan Emas Fizikal kepada ahli Revolusi Prime Gold yang berlangsung di ASTO Hotel, Kuala Lumpur, pada 23 Julai lalu.

Menerusi kerjasama itu, kedua-dua pihak akan memperkukuh ekosistem CA Prime Gold melalui penyediaan kemudahan hotel, lokasi seminar, latihan, persidangan, penginapan serta penganjuran pelbagai program pembangunan usahawan dan komuniti.

Antara skop kerjasama termasuk penggunaan dewan seminar ASTO Hotel bagi program latihan dan pembangunan Gold Consultant, kadar istimewa penginapan serta fasiliti hotel kepada pelanggan dan ahli CA Prime Gold.

Selain itu, kerjasama berkenaan turut melibatkan penganjuran program korporat, sidang media dan pelancaran produk, sekali gus memperkukuh jaringan strategik antara sektor hospitaliti dan industri perdagangan emas.

Wakil pengurusan CA Prestige Gold berkata, kerjasama itu menjadi platform penting dalam memperkasa pembangunan usahawan, meningkatkan pengalaman pelanggan serta memperluaskan jaringan perniagaan syarikat di seluruh Malaysia.

“Kerjasama ini diharap dapat memberi nilai tambah kepada ahli Revolusi Prime Gold dan Gold Consultant menerusi kemudahan serta peluang pembangunan yang lebih luas,” katanya.

Dalam majlis sama, syarikat itu turut menyempurnakan penyerahan emas fizikal kepada ahli Revolusi Prime Gold yang layak menerima emas berdasarkan urus niaga masing-masing mengikut terma dan syarat program syarikat.

CA Prestige Gold menegaskan pihaknya menjalankan aktiviti jual beli emas fizikal dan pengurusan keahlian selaras dengan undang-undang Malaysia.

Menurut syarikat itu, sebarang ganjaran atau manfaat keahlian adalah tertakluk kepada polisi syarikat dan bukan merupakan pulangan pelaburan atau jaminan keuntungan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button