BISNES & EKONOMI

HWC COFFEE salur lebih RM350,000 kepada komuniti menerusi ConnectKL

KUALA LUMPUR – HWC COFFEE komited menyalurkan lebih RM350,000 dalam bentuk pemberian percuma kepada komuniti di sekitar Lembah Klang menerusi kempen ConnectKL yang berlangsung sepanjang Julai ini bagi menggalakkan hubungan sosial yang lebih erat dalam kalangan masyarakat.

Kempen yang berlangsung dari 2 hingga 31 Julai itu telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh di ABOVE Event Space, Avenue K, di ibu negara semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif HWC COFFEE, Zenda berkata, ConnectKL diwujudkan bagi menggalakkan orang ramai meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit daripada rutin harian untuk berhubung semula dengan ahli keluarga, rakan, jiran atau rakan sekerja sambil menikmati secawan kopi.

Menurutnya, HWC COFFEE percaya secawan kopi bukan sekadar minuman, malah mampu menjadi medium yang menghubungkan masyarakat dan mewujudkan ruang interaksi yang lebih bermakna.

“Setiap hari kami melihat rakan sekerja bertemu sebelum memulakan tugas, keluarga menikmati sarapan bersama, pelajar mengulang kaji pelajaran dan sahabat meluangkan masa untuk berbual.

“Melalui ConnectKL, kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia mengambil 10 minit yang bermakna untuk mengetepikan telefon bimbit, berhubung semula dengan insan tersayang dan menghargai detik-detik kecil dalam kehidupan,” katanya dalam kenyataan.

hwc coffee
Hannah Yeoh menyantuni pengunjung yang hadir pada majlis pelancaran kempen ConnectKL anjuran HWC COFFEE.

Sementara itu, Hannah Yeoh menyifatkan inisiatif tersebut sebagai usaha yang mampu mengukuhkan hubungan dalam komuniti melalui interaksi harian yang sederhana tetapi bermakna.

Katanya, pembinaan sebuah bandar yang lebih baik bukan hanya bergantung kepada pembangunan fizikal, sebaliknya turut memerlukan ruang dan peluang untuk masyarakat saling berhubung serta memperkukuh semangat kejiranan.

Sebagai sebahagian daripada kempen itu, pelanggan yang membeli mana-mana minuman buatan tangan sebelum pukul 3 petang pada setiap Isnin hingga Jumaat di cawangan HWC COFFEE terpilih sekitar Lembah Klang akan menerima satu HWC Bakery atau satu pek Brownie Crisp secara percuma, sementara stok masih ada.

Menurut Zenda lagi, inisiatif itu bukan sahaja menggalakkan penyertaan dalam ConnectKL, malah bertujuan menjadikan detik kebersamaan harian lebih mudah dinikmati oleh masyarakat.

“Bagi kami, semangat Rahmah diterjemahkan melalui nilai kebaikan, kemurahan hati dan keprihatinan terhadap satu sama lain. Kami berharap pemberian bakeri percuma ini menggalakkan orang ramai meluangkan masa bersama insan tersayang di samping memberi kembali kepada masyarakat,” katanya.

Sepanjang kempen berlangsung, orang ramai turut digalakkan berkongsi detik kebersamaan mereka di media sosial menggunakan tanda pagar #ConnectKL dan menandakan @HWCCoffeeMY sebagai usaha menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menghargai hubungan bersama keluarga, rakan dan komuniti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button