BISNES & EKONOMI

Blackmores galak gaya hidup sihat menerusi Karnival Jom!Fit, tekankan kepentingan pencegahan kesihatan

KUALA LUMPUR – Usaha menggalakkan amalan gaya hidup sihat diteruskan menerusi penganjuran Karnival Jom!Fit oleh Blackmores yang menampilkan Cabaran 500 Wellness Laps sebagai aktiviti utama sepanjang empat hari acara berkenaan.

Cabaran itu bertujuan menggalakkan peserta mengambil langkah kecil tetapi bermakna ke arah kehidupan lebih sihat, selaras dengan keyakinan Blackmores bahawa kesihatan jangka panjang dapat dibina menerusi amalan kecil yang dilakukan secara konsisten.

Pengarah Urusan Asia Kumpulan Blackmores, Andrew Fuary berkata, pihaknya percaya pencegahan penyakit lebih baik berbanding mengubatinya dan komited meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan jangka panjang.

“Di Blackmores, kami percaya bahawa mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Sebagai jenama yang mempunyai legasi lebih daripada 90 tahun dalam bidang kesihatan semula jadi dan 50 tahun berkhidmat untuk komuniti di Malaysia, tanggungjawab kami bukan sekadar menyediakan penyelesaian kesihatan yang dipercayai.

“Kami komited untuk meningkatkan kesedaran, menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat, dan membantu orang ramai menjaga kesihatan mereka untuk jangka panjang. Menerusi visi ‘More Health, More Life’ serta kerjasama dengan rakan penjagaan kesihatan yang dipercayai seperti CARiNG Pharmacy.

“Kami berharap dapat menginspirasikan lebih ramai orang untuk mengambil langkah proaktif demi menjaga kesejahteraan mereka dan menjadikan penjagaan kesihatan secara pencegahan sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian,” katanya dalam kenyataan.

blackmores
Pengarah Urusan Asia Kumpulan Blackmores, Andrew Fuary menyampaikan ucapan pada Karnival Jom!Fit oleh Blackmores.

Terdahulu, peserta yang berjaya menyempurnakan Cabaran 500 Wellness Laps menerima hadiah eksklusif sebagai pengiktirafan terhadap komitmen mereka dalam mengamalkan gaya hidup lebih sihat setiap hari.

Selain itu, BLACKMORES turut menyumbang 200 produk kesihatan kepada kelab larian yang mengambil bahagian sebagai tanda penghargaan terhadap peranan mereka dalam menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Sepanjang acara berlangsung, pengunjung berpeluang meneroka pelbagai pengalaman interaktif termasuk saringan kesihatan, cabaran fizikal, sesi konsultasi bersama ahli farmasi serta aktiviti mesra keluarga yang bertujuan menjadikan penjagaan kesihatan secara pencegahan lebih menarik dan mudah difahami.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan BIG CARING, Lim Sin Yin berkata, farmasi komuniti memainkan peranan penting sebagai tempat pertama bagi orang ramai mendapatkan nasihat serta sokongan berkaitan kesihatan.

“Farmasi komuniti sering menjadi tempat pertama bagi orang ramai mendapatkan nasihat serta sokongan kesihatan. Di Kumpulan BIG CARING, kami melihat peranan ini sebagai peluang untuk meluaskan akses kepada penjagaan kesihatan dan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil pendekatan yang lebih proaktif terhadap kesihatan mereka.

“Oleh itu, kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Blackmores untuk menjayakan Karnival Jom!Fit. Dengan menggabungkan kepakaran BLACKMORES dalam bidang kesihatan semula jadi dengan rangkaian CARiNG Pharmacy kami berharap dapat mendekatkan penjagaan kesihatan secara pencegahan dengan komuniti setempat,” katanya.

Ketua Pemasaran di Blackmores Malaysia, Chloe Meng berkata, Karnival Jom!Fit merupakan acara kesejahteraan pertama di bawah visi ‘More Health, More Life’ Blackmores yang merealisasikan komitmen syarikat terhadap penjagaan kesihatan secara pencegahan menerusi pelbagai aktiviti menarik dan interaktif.

“Karnival Jom!Fit merupakan acara kesejahteraan pertama di bawah visi ‘More Health, More Life’ Blackmores, yang merealisasikan komitmen kami terhadap penjagaan kesihatan secara pencegahan menerusi pelbagai aktiviti menarik dan interaktif.

“Daripada Cabaran 500 Wellness Laps hingga saringan kesihatan, sesi konsultasi dengan ahli farmasi dan aktiviti mesra keluarga, kami mahu menggalakkan orang ramai mengambil langkah kecil tetapi bermakna ke arah gaya hidup yang lebih sihat,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button