Merries tampil lampin bayi premium dengan teknologi Jepun untuk keselesaan si kecil
KUALA LUMPUR – Jenama lampin bayi, Merries terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran penjagaan bayi tempatan menerusi gabungan inovasi produk dan platform digital yang direka bagi memenuhi keperluan ibu bapa moden di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Menurut Merries, strategi tersebut dilaksanakan melalui penawaran produk lampin bayi premium yang menekankan aspek keselesaan serta pengenalan program kesetiaan pelanggan bagi memperkukuh hubungan jenama dengan pengguna.
“Merries membantu mengurangkan kebimbangan ibu bapa terhadap masalah ketidakselesaan bayi sekali gus membolehkan mereka memberi lebih tumpuan kepada perkembangan dan pembesaran anak.
“Sehubungan itu, Merries Super Premium Tape dan Merries Super Premium Pants direka dengan teknologi kelembutan serta sistem pengudaraan dari Jepun yang membantu memastikan kulit bayi kekal kering dan selesa sepanjang hari.
“Teknologi berkenaan penting semasa bagi melalui proses tumbesaran pesat. Dengan perlindungan yang lebih selesa, ibu bapa dapat mengurangkan risiko kerengsaan kulit dan tidak perlu terlalu risau tentang kebocoran atau ketidakselesaan lampin,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, dalam usaha mendekati ibu bapa moden, Merries turut memperkenalkan Merries Family Club Malaysia, sebuah platform kesetiaan pelanggan yang menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif serta sokongan digital kepada pengguna produk Merries di seluruh negara.
Jelas Merries, program yang diperkenalkan oleh Kao Malaysia itu membolehkan pengguna mengumpul mata ganjaran dikenali sebagai “Merries Coins” melalui setiap pembelian produk Merries.
“Setiap pembelian bernilai RM1 melayakkan pengguna menerima satu Merries Coin yang boleh ditebus untuk mendapatkan pelbagai hadiah menarik.
“Bagi menyertai program tersebut, pengguna hanya perlu mendaftar menggunakan alamat e-mel yang sah dan melakukan pengesahan akaun melalui kod OTP,” katanya sambil menambah ahli baharu turut menerima 50 Welcome Merries Coins sebaik sahaja pendaftaran berjaya dilakukan.
Merries Family Club juga menawarkan sistem yang mudah dan mesra pengguna apabila ibu bapa hanya perlu memuat naik resit rasmi atau invois pembelian secara dalam talian untuk mendapatkan mata ganjaran.
Proses semakan kebiasaannya mengambil masa sekitar lima hingga tujuh hari bekerja sebelum mata ganjaran dimasukkan ke dalam akaun pengguna.
Selain ganjaran pembelian, platform tersebut turut menyediakan pelbagai kemudahan digital termasuk semakan status penghantaran resit, sejarah mata ganjaran, rekod penebusan hadiah serta pengurusan akaun pengguna secara dalam talian.
Menariknya, Merries Family Club bukan sekadar program kesetiaan pelanggan biasa kerana ia turut menawarkan pelbagai panduan keibubapaan seperti tip penjagaan bayi, pemilihan lampin yang sesuai serta maklumat kesihatan kulit bayi bagi membantu ibu bapa membuat pilihan terbaik untuk anak-anak mereka.
“Bagi ibu muda di Sabah dan Sarawak yang masih mengekalkan budaya saling membantu dalam komuniti keluarga, pendekatan Merries yang menekankan aspek keselesaan, sokongan dan ketenangan fikiran dilihat selari dengan nilai masyarakat setempat.
“Pendekatan itu membantu ibu bapa menikmati lebih banyak momen indah bersama anak-anak tanpa dibebani kebimbangan terhadap penjagaan harian bayi,” katanya.
Selai itu, program rujukan rakan yang diperkenalkan turut memberi peluang kepada ahli memperoleh tambahan Merries Coins apabila berjaya mengajak pengguna baharu menyertai komuniti tersebut.
Pendekatan berkenaan sekali gus mengukuhkan hubungan antara pengguna melalui perkongsian pengalaman keibubapaan.
Bagi ibu bapa yang berminat untuk mendapatkan sampel percuma, boleh layari laman web https://www.merriesfamily.com.my/p/free-sample .
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








