BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Extra Joss lancar semula perisa Oren, perkukuh pasaran di Malaysia

Pelancaran semula Extra Joss Oren tumpu pasaran minuman tenaga mampu milik

KUALA LUMPUR – Extra Joss, salah satu jenama minuman tenaga paling pesat berkembang di Asia Tenggara, mengumumkan pelancaran semula Extra Joss Oren di Malaysia.

Pengurus Negara Kalbe Malaysia Sdn Bhd, Oktavianus berkata, pelancaran semula itu merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang syarikat untuk memperkukuh portfolio produk di negara ini.

“Walaupun perisa Anggur kekal sebagai pilihan kegemaran ramai pengguna tempatan, pengenalan semula Oren memberi peluang kepada jenama untuk memenuhi segmen pengguna yang mahukan rasa lebih ringan, menyegarkan dan mudah dinikmati pada bila-bila masa,” katanya dalam kenyataan.

Oktavianus berkata, Extra Joss sedang menyusun pelan pembangunan produk lebih agresif menjelang 2026 dan 2027, termasuk memperkenalkan lebih banyak perisa baharu bagi memenuhi keperluan dan tingkah laku pengguna yang semakin berkembang.

Extra Joss
Extra Joss Oren mengekalkan formulasi asalnya yang menggabungkan Vitamin B Kompleks, Ginseng Korea dan Royal Jelly.

Pada masa ini, Extra Joss menawarkan rangkaian perisa active, anggur danmMangga, yang disesuaikan dengan citarasa pengguna berbeza, daripada pengguna harian, golongan aktif, hinggalah atlet dan mereka yang memerlukan tenaga segera mengikut rutin masing-masing.

Dalam masa sama, Extra Joss Malaysia mengambil kesempatan untuk meningkatkan kesedaran pengguna terhadap kewujudan produk produk Import Selari (Parallel Import) yang semakin banyak di pasaran.

Oktavianus berkata, walaupun produk Import Selari bukan barangan tiruan atau seludup, ia tidak melalui proses percukaian Malaysia, tidak mematuhi keperluan pelabelan tempatan daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Produk Import Selari ini juga serta tidak melalui kawalan kualiti rasmi. Keadaan ini berpotensi menimbulkan perbezaan harga dan kekeliruan pengguna,” katanya.

Extra Joss menegaskan, hanya produk yang diedarkan secara rasmi oleh Kalbe Malaysia mematuhi piawaian keselamatan tempatan serta menawarkan keyakinan, ketelusan dan sokongan pelanggan.

Dalam pada itu, Extra Joss Oren mengekalkan formulasi asalnya yang menggabungkan Vitamin B Kompleks, Ginseng Korea dan Royal Jelly, memberikan rasa oren menyegarkan bersama fungsi tenaga segera dalam bentuk yang ringkas dan menyeronokkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button