Rakyat Malaysia maut pergaduhan berkumpulan di Korea Selatan
SEOUL – Seorang rakyat Malaysia maut akibat pergaduhan berkumpulan membabitkan warga asing di sebatang jalan di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, awal pagi tadi.
Menurut laporan JoongAng Daily yang memetik kenyataan Balai Polis Eumseong, seorang suspek dalam lingkungan 40-an dipercayai warga Malaysia ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh serta beberapa kesalahan lain.
Kejadian dipercayai berlaku ketika kumpulan suspek dan kumpulan mangsa terlibat dalam pergaduhan besar di jalanan yang dipercayai membabitkan kira-kira 10 individu.
Semasa pergaduhan itu, suspek didakwa mengeluarkan sebilah pisau sebelum menikam mangsa.
Selain seorang yang maut, seorang lagi mangsa yang belum dikenal pasti turut cedera dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Selepas kejadian, suspek melarikan diri ke sebuah kediaman berhampiran sebelum berjaya diberkas polis kira-kira sejam kemudian.
Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dengan mengambil keterangan daripada suspek serta individu lain yang terlibat dalam pergaduhan tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















