BERITA SEMASA

Semua sekolah di Selangor beroperasi seperti biasa esok

KUALA LUMPUR – Semua institusi pendidikan bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) beroperasi seperti biasa esok (28 Oktober).

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, JPN Selangor meminta warga sekolah mengambil beberapa ketetapan kesihatan termasuk menggalakkan murid memakai pelitup muka di sekolah berikutan keadaan jerebu yang tidak menentu.

“Semua pihak diminta agar terus mengutamakan keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah, di samping mematuhi arahan dan langkah berjaga-jaga yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berikutan keadaan jerebu,” menurut.

Tambah kenyataan tersebut, Ibu bapa atau penjaga yang bimbang akan kesihatan anak-anak dibenarkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah dengan syarat memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak sekolah.

Manakala semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan mengikut keadaan kualiti udara semasa.

Pihak pentadbir sekolah juga diingatkan sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) serta memberikan perhatian khusus kepada murid yang berisiko tinggi

Sebarang perkembangan terkini akan disampaikan melalui saluran rasmi JPNS dan pihak sekolah bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang sahih dan terkini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button