BERITA SEMASA

Setelah alami kelewatan lebih 8 tahun, Hospital Kemaman siap tahun depan

KEMAMAN – Projek pembinaan Hospital Kemaman di Bandar Baru Kijal, di sini yang sebelum ini mengalami kelewatan selama lebih lapan tahun dijangka siap tahun hadapan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah, projek bernilai RM427 juta yang mula dibina pada November 2017 lalu telah mencatatkan kemajuan pembinaan sebanyak 85 peratus, lapor Kosmo Online.

“Bangunan Hospital Kemaman sedia ada di bandar Chukai, di sini sudah tidak mampu lagi menampung kapasiti pesakit yang semakin meningkat.

“Projek ini mengalami kelewatan berikutan kontraktor terlibat menghadapi beberapa kekangan termasuk masalah teknikal dan kewangan,” katanya selepas merasmikan projek pembangunan bercampur Garden Bay City dan The Walk di Kerteh, di sini hari ini.

Beliau berkata, hospital baharu berkenaan turut dilengkapi 300 katil, lapan dewan bedah, unit rawatan rapi, kompleks klinik pakar serta klinik rawatan harian.

Dalam perkembangan berkaitan, projek bersepadu Garden Bay City dan The Walk menyasarkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM800 juta meliputi pembinaan 235 unit rumah mampu milik, hab perniagaan moden serta kemudahan perubatan swasta di tapak seluas 17.8 hektar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button