BERITA SEMASA

Bung Moktar meninggal dunia

KOTA KINABALU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah merangakp Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di sini sebentar tadi.

Allahyarham yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.46 pagi ketika sedang menerima rawatan di Hospital Gleneagles, disini.

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan anaknya, Naim Moktar dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya.

“Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2026, pukul 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H).

“Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” kata hantaran berkenaan.

Maklumat lanjut berkenaan urusan persemadian jenzah akan dimaklumkan selepas pihak keluarga berbincang dalam masa terdekat.

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button