POLITIK

BERSATU Terengganu sokong kepimpinan Muhyiddin sebagai Presiden

KUALA TERENGGANU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Terengganu menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus menerajui parti tersebut sebagai presiden.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, kemelut dalaman yang berlaku ketika ini adalah disebabkan perebutan kuasa untuk menjadi presiden parti tersebut.

“Konflik dalam BERSATU bukan sebab pengkhianatan kepada rakyat. Pemecatan (Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan pemimpin lain) perkara biasa.

“Cuma kali ini, ia dilihat besar kerana melibatkan timbalan presiden dan ramai Ahli Parlimen,” katanya dalam satu sidang media, di sini hari ini.

Razali turut berkata, BERSATU tidak memerlukan pemimpin hebat yang hanya mahu berebut kuasa.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya semua ahli BERSATU terus setia memperkukuhkan parti berkenaan.

“Kita akan teruskan buat kerja macam biasa. Siri penerangan kepada ahli akan dilakukan pada masa terdekat,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button