
KBS tidak campur tangan urusan dalaman FAM – Hannah Yeoh
PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan tidak akan campur tangan dalam sebarang isu dalaman membabitkan mana-mana persatuan sukan di negara ini, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pendirian itu selaras dengan dasar kementerian yang memberi kebebasan kepada setiap persatuan sukan untuk menguruskan hal ehwal mereka secara autonomi.
“Saya tidak tahu mengenai politik dalaman kerana saya tidak masuk campur dalam pentadbiran mana-mana persatuan. Ini pendirian saya bukan sahaja dalam bola sepak, tetapi juga dalam semua jenis sukan – KBS memang tidak masuk campur,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Sukan Orang Kurang Upaya ASEAN 2025 di Putrajaya hari ini.
Menurut Hannah, sekiranya terdapat pertikaian dalaman yang berlarutan, pihak terbabit disaran membawa perkara tersebut ke saluran yang betul.
“Kalau ada apa-apa pertikaian dalaman dan perkara itu masih belum selesai, mereka boleh bawa kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan. Apa-apa kenyataan daripada jurulatih, boleh rujuk kepada pihak persatuan masing-masing,” katanya.
Baca juga : “Ada yang kata Malaysia tak boleh kalahkan Vietnam, tapi kami buktikan” – Peter Cklamovski
Beliau mengulas kenyataan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski, yang sebelum ini membayangkan wujudnya isu dalaman dan tekanan tertentu yang dihadapi pasukannya dalam usaha membawa kemajuan kepada bola sepak negara.
Dalam perlawanan itu, Malaysia meraih kemenangan bergaya 4-0 dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, sekali gus meredakan tekanan terhadap pasukan dan pengurusan tertinggi sukan tersebut.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |
One Comment