Anwar hormati hak berhimpun, arah PDRM bantu jamin keselamatan himpunan Sabtu ini
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahi berkata, Kerajaan MADANI menghormati hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara selagi ia dilakukan secara aman serta tidak melanggar undang-undang.
“Euang demokrasi di negara ini sentiasa terbuka kepada semua pihak, termasuk mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
“Kerajaan tidak berdiri dengan menutup ruang kritikan, sebaliknya membuka ruang dengan penuh ihsan dan istiqamah,” katanya menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri, hari ini.
Bagi memastikan perhimpunan berjalan lancar dan keselamatan awam terus terpelihara, Perdana Menteri turut mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan kerjasama sewajarnya tanpa sebarang sekatan tidak wajar.
Kerajaan MADANI komited untuk memastikan amalan demokrasi terus subur dan dihormati, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta prinsip keterbukaan yang diamalkan pentadbiran hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








