POLITIK

AMK: Kerjasama Kerajaan Perpaduan bukan tiket kompromi soal integriti

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang menegaskan kerjasama politik dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dijadikan ‘tiket’ untuk mana-mana pihak berkompromi dalam soal integriti, walaupun melibatkan seorang calon Perdana Menteri.

Ketua AMK Ampang, Muhammad Iman Haziq berkata, pembentukan Kerajaan Perpaduan bukan alasan untuk mengenepikan soal integriti kerana kerjasama berkenaan sepatutnya dibina demi kestabilan negara dan bukan kepentingan politik mana-mana pihak.

“Apa yang saya nak tekankan, pendirian UMNO membentuk Kerajaan Perpaduan bukan alasan untuk kita ketepikan integriti.

“Harus ingat kerjasama ini dibina untuk mentadbir negara, bukan untuk kita berkompromi,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Kenyataan beliau itu ditujukan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan dengan 47 pertuduhan dalam kes Yayasan Akalbudi sebelum diberikan DNAA pada September 2023.

Katanya, walaupun UMNO mempunyai hak untuk mencalonkan sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri, namun rakyat juga mempunyai hak untuk mempersoal dan menilai calon yang dikemukakan.

“Pendirian AMK soal integriti tidak akan dikompromi, tidak terkecuali rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan. Ini mesti menjadi batu asas buat semua pihak,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button