
Aminuddin persoal penolakan permohonan tanah ketika Tok Mat terajui Kementerian Pertahanan
SEREMBAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan yang didakwa menolak permohonan kerajaan negeri berkaitan urusan tanah ketika kementerian itu diterajui Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut beliau, penolakan tersebut dibuat atas alasan kekangan kewangan walaupun usaha berkenaan melibatkan kepentingan kerajaan negeri dan telah melalui proses perbincangan sebelum ini.
“Kerajaan negeri hanya meneruskan urusan yang telah dirintis termasuk perbincangan mengenai kadar premium dan cadangan pemberian rebat sebanyak 50 peratus.
“Kita hanya meneruskan perkara yang telah dibincangkan sebelum ini dan beranggapan apabila beliau menjadi Menteri Pertahanan, perkara itu boleh dibantu.
“Tetapi malangnya ia terus ditolak dengan alasan tidak mempunyai kewangan,” katanya.
ketika ditemui pemberita selepas program Grand Finale Kekalkan Harapan di Seremban pada malam tadi.
Aminuddin berkata, apa yang menjadi persoalan ialah permohonan berkenaan akhirnya mendapat kelulusan selepas kerajaan negeri mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan.
“Yang menjadi persoalan, kenapa selepas itu hasil perbincangan kita dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan boleh mendapat kelulusan.
“Itu yang menjadi persoalan kepada kita,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















