BERITA SEMASA

‘Tiada topi keledar, jangan sertai konvoi’ – Anthony Loke

SEREMBAN – Penyokong dan petugas parti politik yang tidak memakai topi keledar diminta supaya tidak menyertai konvoi motosikal sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, arahan itu sudah diberikan kepada semua petugas kempen DAP sebagai langkah memastikan keselamatan peserta dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya, lapor Kosmo.

“Pada hari penamaan calon semalam, saya berkonvoi dari Pekan Titi ke Kuala Klawang. Saya sudah berpesan, jika tiada topi keledar, jangan sertai konvoi. Ini perkara asas yang perlu dipatuhi semua.

“Kita mahu memastikan kempen PRN berjalan dengan selamat dan tidak menyebabkan kemalangan jalan raya. Semua parti mahu menang, tetapi jangan berkempen sehingga melanggar peraturan jalan raya,” katanya selepas mengadakan tinjauan mesra bersama enam calon Pakatan Harapan (PH) di Pasar Besar Seremban, hari ini.

Calon PH terdiri daripada Ho Weng Wah (Temiang), Lee Kai Yet (Mambau), Siau Meow Kong (Rahang), Nicole Tan (Bukit Kepayang) S. Mugunthan (Seremban Jaya) dan Chew Seh Yong (Lobak).

Dalam perkembangan sama, Loke turut menasihatkan semua calon dan penyokong supaya tidak berdiri di bahagian belakang pikap yang sedang bergerak kerana boleh mengundang bahaya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button