KDN diarah tingkat keselamatan acara libat Raja-Raja Melayu
PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diarah mempertingkat aspek kawalan keselamatan bagi program melibatkan Raja-Raja Melayu susulan insiden melibatkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah pada sambutan Hari Kebangsaan di Ipoh, baru-baru ini.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil selaku Jurucakap Kerajaan, mesyuarat Kabinet memutuskan langkah itu perlu bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang.
“Kabinet telah mengarahkan KDN dan KDN memaklumkan akan menyusuli dengan tindakan,” katanya pada sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat kabinet di sini, hari ini.
Media pada Ahad lalu melapor kejadian seorang wanita tempatan menceroboh pentas utama sambutan Hari Kebangsaan dan cuba memegang Sultan Nazrin ketika nyanyian lagu kebesaran Negeri Perak.
Siasatan polis kemudian mengesahkan wanita berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan mempunyai rekod rawatan psikiatri dan berada di bawah pengawasan pakar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








