BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pengawal keselamatan maut digilis dua kenderaan

PORT DICKSON – Seorang pengawal keselamatan maut selepas digilis dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 29 Lebuhraya Seremban–Port Dickson, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, mangsa berusia 67 tahun itu menunggang motosikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bertugas sebelum kemalangan berlaku pada pukul 6.15 pagi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa bergerak dari arah Seremban menuju ke Port Dickson.

“Apabila tiba di lokasi, sebuah Perodua Bezza dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun dipercayai merempuh motosikal mangsa dari belakang.

“Mangsa yang tercampak ke atas jalan kemudiannya digilis dua lagi kenderaan sebuah Nissan Grand Livina dipandu wanita berusia 32 tahun dan Perodua Alza yang dipandu lelaki berusia 36 tahun yang datang dari arah yang sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Maslan berkata, impak kemalangan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk proses bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button