POLITIK

Zahid Hamidi perlu letak jawatan – Idris Jusoh

KUALA TERENGGANU – Bekas Pengerusi UMNO Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan kerana kekalahan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu.

“UMNO kalah teruk di PRN semalam. UMNO kalah 100 peratus di Terengganu. Zahid Hamidi perlu letak jawatan,” kongsi Idris dalam satu hantaran ringkas di laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

Keputusan PRN di enam negeri semalam menyaksikan BN merekodkan kekalahan terburuk dalam sejarah apabila parti itu hanya memenangi 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 108 kerusi yang ditandingi.

Di Selangor, BN hanya memenangi empat kerusi, Negeri Sembilan (13), masing-masing satu kerusi di Pulau Pinang dan Kelantan manakala tiada kerusi dimenangi di Kedah dan Terengganu.

Lebih mengejutkan apabila kerusi yang disandang dua bekas menteri besar Terengganu iaitu di DUN Kijal dan Seberang Takir serta beberapa kubu kuat BN di Hulu Besut, Jertih, Kuala Besut, Telemung, Batu Rakit, Bukit Besi, Air Putih dan Langkap turut tumbang.

Kesemua 10 kerusi tersebut termasuk dalam kerusi-kerusi yang dimenangi BN di Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button