Israel diberi amaran tidak ganggu Syria – Trump
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran kepada rejim Zionis supaya tidak mengganggu kepimpinan baharu Syria dan menjejaskan kestabilan negara itu.
Amaran itu dibuat selepas selepas beberapa hari operasi tentera Israel mengorbankan 13 orang di kampung Beit Jin, selatan Syria.
Trump dilaporkan menyampaikan perkara itu kepada Benjamin Netanyahu dan menjemputnya sekali lagi ke White House, tidak lama selepas amaran itu dikeluarkan.
“Adalah sangat penting untuk Israel mengekalkan dialog yang kukuh dan jujur dengan Syria dan memastikan tiada apa-apa yang menghalang perkembangan Syria menjadi sebuah negara makmur,” tulis Trump di platform Truth Social.
Ketika ini, Washington sedang mengusahakan kerjasama keselamatan antara Israel dan Syria susulan kejayaan Presiden Ahmed al-Sharaa menggulingkan pemerintah terdahulu, Bashar al-Assad setahun lalu.
Bagaimanapun, ketegangan semakin meningkat berikutan ratusan serangan Israel ke atas Syria.
Trump menambah AS akan melakukan apa yang termampu bagi memastikan kerajaan Syria terus melaksanakan apa yang dirancang untuk membangunkan semula negara itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








