
McDonald’s Malaysia tarik balik tuntutan terhadap BDS Malaysia
KUALA LUMPUR – Pemegang francais tempatan untuk McDonald’s, Gerbang Alaf memutuskan untuk menarik balik tuntutan mereka terhadap BDS Malaysia.
Menurut BDS Malaysia dalam satu kenyataan, perkara itu dimaklumkan kepada mereka hari ini.
“Kami tidak terkejut dengan keputusan mereka, kerana kami secara konsisten menegaskan bahawa tuntutan mereka adalah tanpa merit dan tidak mempunyai asas undang-undang.
“Melangkah ke hadapan, McDonald’s akan kekal dikategorikan di bawah ‘Sasaran Boikot Organik’ oleh BDS Malaysia.
“Syarikat itu terus diboikot di seluruh dunia kerana dakwaan bersubahat dengan tindakan di Palestin, yang secara tragis mengakibatkan kehilangan lebih 32,000 nyawa rakyat Palestin yang tidak bersalah, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, pihaknya turut menggesa masyarakat global untuk terus memboikot Israel dan semua entiti terlibat dalam mengekalkan ketidakadilan sehingga Palestin mencapai kebebasan dan keadilan untuk semua rakyatnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








