BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki 11 rekod jenayah dicekup curi gitar busker wanita

PUTRAJAYA – Polis menahan seorang lelaki yang memiliki 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah selepas disyaki mencuri gitar elektrik bernilai RM8,000 milik seorang busker wanita di sebuah pusat beli-belah di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 31 tahun itu yang mendapati gitar jenis Gibson Les Paul Studio Electric miliknya hilang dari wagon simpanan selepas selesai membuat persembahan sekitar jam 5.45 petang.

“Bertindak atas laporan, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Paparan CCTV menunjukkan suspek yang melarikan gitar milik seorang pemain musik wanita ketika busking di sebuah pasaraya di Putrajaya, baru-baru ini.
Paparan CCTV menunjukkan suspek yang melarikan gitar milik seorang pemain musik wanita ketika busking di sebuah pasaraya di Putrajaya, baru-baru ini.

Menurut beliau, hasil risikan dan maklumat diterima, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serdang menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun pada Selasa.

“Polis turut merampas semula gitar milik mangsa sebagai barang kes. Suspek kini direman sehingga Jumaat bagi membantu siasatan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button