BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis buru dua lelaki disyaki letupkan premis di Ipoh

IPOH – Polis sedang mengesan dua lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian letupan di sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, awal pagi semalam.

Letupan pada pukul 4.58 pagi itu menyebabkan dua kedai rosak, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek menaiki motosikal dan meletakkan objek dipercayai bahan letupan di hadapan premis berkenaan sebelum beredar.

“Hasil pemeriksaan Unit Post Blast Investigation (PBI) dan Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mengesahkan letupan berpunca daripada bahan letupan jenis low explosive,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, letupan itu merosakkan pintu pengatup bergulung serta lantai hadapan premis, selain sebuah kedai bersebelahan mengalami kerosakan kecil pada papan tanda dan dinding.

Tambahnya, bahan letupan digunakan dipercayai jenis pyrotechnic flash bang grenade stun yang lazimnya tidak bertujuan mencederakan atau membunuh, sebaliknya untuk menakut-nakutkan dan menyebabkan kerosakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan serta Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button