BERITA SEMASA

Putin mungkin hadir Sidang Kemuncak ASEAN – Anwar

KUALA LUMPUR – Presiden Russia, Vladimir Putin, sedang mempertimbangkan untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, hujung minggu ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Putin telah menyatakan minat untuk menghadiri sidang kemuncak itu dan keputusan berhubung perkara tersebut dijangka dibuat hari ini.

“Beliau memberitahu saya di Beijing bahawa beliau akan mempertimbangkannya secara serius. Buat masa ini, beliau menghantar timbalan perdana menterinya.

“Tetapi kita akan tahu hari ini sama ada beliau akan datang atau tidak.

“Saya fikir kemungkinan besar beliau akan hadir kerana beliau menyatakan hasrat untuk datang,” kata Anwar kepada pemberita selepas menghadiri Forum Ilmu PNB 2025, di sini hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button