BERITA SEMASA

Ahli Parlimen Pembangkang perlu sepakat isu peruntukan sebelum runding dengan kerajaan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pembangkang perlu mencapai kata sepakat berhubung isu peruntukan yang akan disalurkan kepada mereka terlebih dahulu, sebelum berunding dengan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka perlu mencapai kata sepakat dalam isu ini.

“Sekarang ini belum ada sepakat. Ada yang nak seorang, ada yang nak berkumpulan. Ada yang bersetuju runding, ada yang tidak bersetuju runding.

“Jadi, saya cadangkan YB Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim), runding dahulu dengan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), ambil kata sepakat, beritahu Timbalan Perdana Menteri II (Datuk Seri Fadillah Yusof) yang mendapat mandat,” katanya.

Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang membangkitkan mengenai isu peruntukan itu ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas soalan tambahan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut), Anwar menyatakan kesediaannya untuk berjumpa dengan Ketua Pembangkang, namun menegaskan beliau sudah memberikan mandat kepada Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk mengetuai rundingan mengenai isu itu bersama Ahli Parlimen Pembangkang .

“Saya bersedia untuk berjumpa. Tapi kalau soal peruntukan, kita telah memberikan mandat kepada Timbalan Perdana Menteri II.

“Kalau hal itu (peruntukan) saya serahkan kepada Timbalan Perdana Menteri II. Nak bincang hal lain, saya tidak ada keberatan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button