BERITA SEMASA

PM umum peruntukan RM3 juta, selesaikan isu air di UMS

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi menyelesaikan isu bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Anwar membuat pengumuman itu ketika mengadakan sesi dialog bersama pelajar dan warga institut pengajian tinggi melalui Program Temu Anwar di Universiti Malaysia Sabah (UMS), semalam.

“Antara perkara mendesak yang memerlukan perhatian adalah masalah bekalan air di UMS di mana saya umumkan kelulusan peruntukan sejumlah RM3 juta sebagai langkah penyelesaian tuntas.

“Saya percaya, kelulusan peruntukan itu boleh digunakan bagi pelaksanaan projek penggerudian air bawah tanah dan membuka pusat rawatan air di universiti berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Program Temu Anwar yang mendapat sambutan luar biasa daripada pelajar UMS

Dalam sesi dialog itu, katanya, turut dibangkitkan ialah soal tiket penerbangan yang mahal, pendidikan, peluang pekerjaan selain penubuhan universiti baharu di Sabah.

Bagi memastikan rakyat terutamanya penduduk di Sabah dan Sarawak mendapat perkhidmatan terbaik, Anwar berjanji untuk menyediakan ruang penambahbaikan penyampaian perkhidmatan baik kerajaan negeri dan persekutuan untuk dimanfaatkan seluruh rakyat jelata.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button