PM puji keberanian Pakistan bersuara isu Gaza
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji keberanian rakan sekawatnya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang berani memposisikan kedudukan Pakistan dalam kemelut di Gaza.
Perkara tersebut diluahkan Perdana Menteri selepas menerima panggilan telefon daripada Shehbaz Sharif petang tadi.
“Menerusi perbualan telefon ini, kami juga sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
“Seharusnya pemimpin Islam negara lain perlu terus mengukuhkan sokongan dalam meningkatkan bantuan kemanusiaan selain menggandakan usaha menamatkan penjajahan dan pendudukan Israel di bumi Gaza,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Menurut Perdana Menteri, beliau dan Shehbaz juga sempat berbalas ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha selain mendoakan kesejahteraan bersama dan keluarga serta rakyat kedua-dua negara.
Tambah Anwar yang juga Menteri Kewangan, pihaknya turut merancang untuk bertemu di Islamabad dalam masa terdekat agar hubungan kedua-dua negara dapat terus diperkukuhkan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








