JENAYAH & MAHKAMAH

Pergaduhan pelajar di Telok Panglima Garang selesai secara baik

SHAH ALAM – Polis mengesahkan berlaku kejadian pergaduhan membabitkan beberapa pelajar di sebuah sekolah di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian selepas video berdurasi satu minit 39 saat tular di media sosial pada jam 8.30 pagi.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat telah bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Hasil semakan mendapati tiada pelajar yang mengalami kecederaan dan semua yang terlibat merupakan pelajar berusia 14 tahun,” memetik laporan BH online.

Beliau berkata, pihak polis tidak mengambil tindakan lanjut terhadap kes berkenaan selepas satu perbincangan tiga hala diadakan antara pihak sekolah, ibu bapa serta waris pelajar yang terbabit.

“Polis bersetuju untuk menyelesaikan perkara ini secara berhemah dan damai bagi menjaga kepentingan semua pihak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mohd Akmalrizal menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan video atau menyebarkan berita palsu berkaitan kejadian berkenaan yang boleh menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, tular di laman sosial satu video menunjukkan beberapa pelajar bergaduh di kawasan sekolah di daerah Kuala Langat, sebelum mendapat perhatian meluas netizen.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button