Lapan kertas siasatan dibuka bagi kes berkaitan PRN Johor
JOHOR BAHRU – Polis membuka lapan kertas siasatan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi tempoh 27 Jun hingga semalam.
Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, daripada jumlah itu, lima kertas siasatan dibuka melibatkan kes khianat dengan api atau bahan letupan serta perbuatan khianat yang menyebabkan kerugian harta benda.
“Polis akan terus mempertingkatkan pemantauan, penguatkuasaan dan tindakan penguatkuasaan secara menyeluruh sepanjang tempoh berkempen, bagi memastikan setiap pelanggaran undang-undang diambil tindakan secara tegas, adil dan berintegriti tanpa sebarang kompromi,” katanya.
Kes-kes berkenaan dibuka mengikut Seskyen 435, 426 dan 427 Kanun Keseksaan.
Menurut Datuk Ab Rahaman lagi, situasi keselamatan sepanjang proses PRN Johor setakat ini kekal aman dan terkawal dengan sebanyak 2,037 permohonan permit diterima dan 1,849 permohonan diluluskan bagi tempoh sama.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















