BERITA SEMASA

Individu menyamar guna nama di WhatsApp guna nama calon PH di DUN Endau, orang ramai diminta berwaspada

ENDAU – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Saiful Nizam Samat  meminta orang ramai supaya berwaspada terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa menyamar menggunakan nama serta identitinya untuk menghubungi orang ramai menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam satu kenyataan, beliau menegaskan bahawa akaun WhatsApp berkenaan bukan miliknya dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dirinya mahupun Team SS.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi maklumat peribadi atau menjalankan sebarang urusan dengan individu yang menggunakan identiti tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, tidak berkongsi maklumat peribadi serta tidak membuat sebarang urusan dengan individu tersebut,” katanya.

Saiful Nizam turut meminta mana-mana pihak yang menerima mesej mencurigakan supaya menghubungi saluran rasmi Team SS bagi mendapatkan pengesahan sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beliau pada masa sama merakamkan penghargaan atas kerjasama dan keprihatinan orang ramai dalam membantu mengelakkan sebarang bentuk penipuan yang menggunakan identitinya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button