POLITIK

PRN Johor: Arahan PAS undi BN turut libat calon MCA, MIC

PASIR MAS – Arahan PAS supaya ahli dan penyokongnya mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kawasan tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti, turut meliputi memberi undi kepada calon bukan Melayu daripada MCA dan MIC.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, arahan tersebut dikeluarkan dalam konteks menjaga hubungan orang Melayu di negeri tersebut.

“Cuma ada juga pandangan dan tindak balas yang mengatakan, kalau macam itu, elok juga kalau UMNO sokong Pas. Jadi seimbanglah.

“Tujuan utama arahan itu dikeluarkan adalah untuk memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak menang di Johor.

“Apabila kita tidak bertanding di semua kerusi, kena ada satu pengarahan jelas bagi mengelak PH menang di PRN Johor yang akan membuka pintu kepada DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Pasir Mas di Meranti, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian memberitahu, sehubungan itu pihaknya mengarahkan undi diberi kepada BN di kerusi yang ditandingi calon-calon bukan Melayu.

Menurutnya, meskipun menerima serangan berterusan daripada pihak tertentu susulan arahan tersebut, PAS menganggap ia sesuatu yang positif apabila ia merupakan petanda bahawa pihak lawan berasa terancam oleh penyatuan Melayu dan Islam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button