BERITA SEMASA

PRN Johor: Keputusan penuh dijangka diketahui 10 malam Sabtu ini

KLUANG – Keputusan penuh bagi semua 56 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini dijangka dapat diketahui kira-kira pukul 10 malam.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, sasaran itu mampu dicapai susulan penambahbaikan yang dilakukan terhadap sistem pengurusan keputusan pilihan raya.

“Kita sama-sama berdoa dengan sistem yang ada, yang kita sudah naik taraf, mungkin keputusan penuh boleh diketahui sekitar pukul 10 malam.

“Kita tidak akan mengeluarkan keputusan awal, sebaliknya terus mengumumkan keputusan penuh,” katanya dalam sidang media di perkarangan Dewan Mahkota, Kem Mahkota, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramlan turut menyeru semua pengundi yang layak untuk keluar mengundi beramai-ramai Sabtu ini bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Ini peluang untuk kita sama-sama menyumbang kepada negara dalam sistem demokrasi yang kita pegang sekarang ini.

“Saya mengharapkan semua pengundi tak mengira lapisan umur untuk keluar mengundi beramai-ramai pada 11 hari bulan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button