BERITA SEMASA

Penunggang maut dirempuh pemandu mabuk: Pemuda PAS tawar khidmat guaman percuma

KUALA LUMPUR – Insiden kemalangan maut akibat pemandu mabuk perlu dinoktahkan segera, tegas Dewan Pemuda PAS Malaysia susulan kemalangan yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat, Klang, semalam.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamuddeen berkata, sayap parti itu sedia menawarkan khidmat guaman secara sukarela bagi membantu keluarga mangsa menuntut keadilan melalui saluran undang-undang.

Afnan berkata, pihaknya komited memastikan keluarga mangsa tidak berdepan kes itu secara bersendirian.

Menurut beliau, tragedi tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan kehilangan nyawa orang awam yang tidak bersalah akibat kecuaian pemandu.

“Mangsa mesti dibela dan kes seperti ini perlu dihentikan segera.

“Difahamkan ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan membeli makanan untuk anak dan isterinya,” katanya yang mahu pihak yang memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar orang lain sehingga maut dikenakan dihukum mati.

Dalam kejadian semalam, Amirul Hafiz Omar, 30, dilaporkan maut selepas dirempuh pemandu dipercayai mabuk yang memandu di laluan bertentangan arah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button